Author

Pemilik blog

Nama diberi Mohamad Amirrudin bin Said. Dari kecil sampai ke besar, orang panggil aku Amir. Dilahirkan di rumah nenek di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Dibesarkan di Terengganu dan pernah tinggal di Kuantan, Pahang selama 3 tahun. Kini aku menetap di Kemaman, Terengganu.

Aku anak ke-2 daripada 6 orang adik-beradik. Arwah ayah aku, Said bin Ali meninggal dunia masa aku berumur 5 tahun. Jadi aku banyak berkongsi kisah suka dan duka dengan mak aku, Fatimah binti Abdullah. Mak banyak menjadi sumber inspirasi untuk aku berjaya.

Disebabkan keluarga aku selalu berpindah, aku bersekolah di 3 buah sekolah rendah iaitu SK Pagar Besi, SK Maras dan SK Panching Timur. Selepas UPSR, aku mendapat tawaran SBP untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH Pekan). Setelah tamat persekolahan, aku melanjutkan pelajaran di International Education Centre (INTEC), Shah Alam untuk program Australian Matriculation (AUSMAT). Kini, aku di tahun ke-2 di University of South Australia (UniSA) dalam bidang Farmasi.

Mengenai blog Amir Space

Blog ini merupakan blog personal yang ingin aku kongsikan apa sahaja idea dan pendapat aku dengan pembaca semua. Blog ini blog kedua aku yang menggunakan self-hosted Wordpress selepas blog Oh Malaysia!.

Kepada pembaca-pembaca yang aku kasihi, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog Amir Space dan Oh Malaysia!.

Buy T-Mobile Phones and Save. | Thanks to Highest CD Rates, Credit Card Offers and UK Loan